Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
Home
fancygens.com
Nov 23, 2007
TAHUKAH ANDA!

Jumlah penggunaan internet dunia 1,244,449,601
Jumlah penggunaan internet Malaysia 14,904,000

Cuba bayangkan jika anda menjual sebotol minyak angin yang berharga Rm1.00 dan 1% dari pengguna Internet Malaysia membeli minyak angin anda, berapakah jumlah pendapatan yang bakal anda perolehi? Jika 1% daripada jumlah pengguna Internet Dunia yang membeli minyak angin anda, berapakah pula jumlah pendapatan yang bakal anda perolehi.

Selama hari ini anda mungkin mempunyai produk, perkhidmatan mahupun perniagaan yang ingin anda perkenalkan tetapi untuk membuka sebuah kedai atau pejabat, anda mungkin rasa belum bersedia kerana kos yang besar terpaksa dibelanjakan. Kenapa anda tidak terfikir untuk menggunakan laman web sebagai pilihan? Membina satu laman web umpama anda membuka sebuah kedai atau pejabat. Bezanya disini ialah anda tidak memerlukan perbelanjaan yang besar.Anda tidak perlu menggajikan pekerja. Anda tidak perlu membayar sewa, bil air dan elektrik.

Anda tidak perlu menyimpan stok dan perniagaan anda akan beroperasi 24 jam tanpa henti. Mungkin anda tidak pernah terfikir ataupun fobia untuk menggunakan internet dan laman web sebagai senjata anda kerana anda tidak mahir tentang IT. Membina dan mengemaskini laman web dianggap sebagai satu bebanan kepada kebanyakan pemilik perniagaan dewasa ini. Kos yang mahal disamping laman web yang statik dan tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai medium pengiklanan yang menghubungkan perniagaan anda ke lebih 14 juta bakal pelanggan di malaysia dan lebih dari 1 billion bakal pelanggan dari seluruh dunia.

Cuba bayangkan anda membuka sebuah restoran tetapi anda tidak tahu memasak. Restoran anda terpaksa ditutup jika tukang masak anda cuti. Sama juga jika anda membuka bengkel kereta tetapi anda bukan mekanik. Apa akan terjadi kepada bengkel kereta anda jika mekanik anda berhenti? Begitu jugalah jika anda mempunyai sebuah laman web tetapi anda tidak tahu membina atau mengemaskini laman web anda sendiri. Ini ibarat anda membuka sebuah kedai tetapi anda tidak mempunyai kunci untuk masuk ke dalam kedai anda sendiri.








.
NoteGuestbook
   
handieecandy wrote on Sep 24, '11
..
..
.